Thursday, 30 May 2013

TUTUP AURAT...

Sebagai seorang muslimah , sudah ditetapkan untuk kita menutup aurat iaiatu seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Namun, sekarang masih yang tidak mengetahui secara mendalam apakah maksud menutup aurat sebenarnya,,??

Bagi para muslimat, hendaklah menutup aurat seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan bukan rambut aja ye sayang,,?? Longgarkan pakaian antunna semua,, tak nak ketat-ketat ye,,??
Pada awalnya memang agak susah sikit. Tapi lama-lama nanti mesti antunna semua akan terbiasa. Pada masa tu, antunna akan merasakan betapa nikmatnya dan hikmahnya menutup aurat. Cuba sikit-sikit dulu.
Jangan terus drastik berubahnya. Nanti kang, hari ni tutup semua, besok bukak semua. Kalau nk berubah, letakkan istiqamah dalam hati, insyAllah boleh. GANBATE2..!!

Bagi para muslimin pula, hadnya ialah dari pusat ke lutut. Wlaupun begitu tak boleh pakai seluar yang ketat sehingga menampakkan bntuk paha, itu jatuh hukum makruh dan jika menampakkan bentuk 'angry bird' tu , jatuh hukum haram ye, antum semua..??

Di sini ada ayat al-Quran dan hadith berkaitan tutup aurat..

AL-QURAN..

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)


HADITH..


Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud

Okayla.. sampai di sini sahaja untuk hari ini. Segala yang baik drpd Allah S.W.T. dan yang buruk sendiri dari ana.. selamat beramal. GANBATE2..!!. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment